Thursday 16 January 2014

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Assalammualaikum..syukur dapat bersiaran di dalam entry bertarikh 15 Januari hari ni.. Opsss..dah 16 Januari la..yang daku dok feeling hari2 annivesary lg ni kenapa..hihihihi.. sori semua naa.. ;)

Oklah, hari ni nak berbual bicara pasal vitamin untuk ibu hamil... Semua pasti akan teruja tatkala mendapat tahu diri sudah berbadan dua kan??? Perasaan yang tak tergambar tu, hanya Allah ja yang tahu kan.. Dan perkataan pertama yang terkeluar saat mendapat tahu diri hamil sudah pasti Allah!!Alhamdulillah!!Syukur!!! Hehe..lebih kurang mcmtu lah lakonan yang mampu daku gambarkan kegembiraannya..hehehe..
Apabila sudah tahu diri hamil, dah tentu kita mahu yang terbaik untuk si kecil di dalam kandungan kita kan.. Dengan itu memang daku nak mencadangkan vitamin shaklee yang sesuai untuk diambil oleh ibu-ibu hamil sedunia..hehehe..

  1. Vitalea - Dikenali sebagai multivitamin di dalam Shaklee. Vitalea diformulasikan dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Vitalea mampu menaikan Hb si ibu juga tau.. In Shaa Allah..
  2. B Complex - B Complex mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Selain itu di dalam B Complex juga mengandungi asid folik yang mampu mengurangkan risiko ketidaksempurnaan anak.
  3. Ostematrik - Ibu mengandung sangat memerlukan kalsium untuk keperluan diri dan kandungan kerana kandungan akan menyedut kalsium dari si ibu. Ostematrik juga mampu mengelakkan si ibu mengalami masalah kaki cramp, sakit belakang/pinggang, dan sakit gigi. 
  4. Vitamin C - Vitamin C mempunyai nutrien yang mempunyai fungsi yang menyeluruh yang mana mampu menyokong kesihatan tubuh badan manusia.
  5. ESP - ESP mampu membekalkan tenaga sepenuhnya kepada si ibu. Ia juga membantu di dalam proses perkembangan bayi di dalam kandungan. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kencing manis ketika hamil, sangatlah elok untuk diambil untuk mengekalkan paras gula dalam darah normal.

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Wednesday 15 January 2014

SHAKLEE :: SET SUBUR SHAKLEE ::

Assalammualaikum semuaa...harini nak direct to the point jaa..harini daku nak bercerita mengenai set subur shaklee.. Sebenarnya dah ramai yang mendapat hasil positif setelah mengambil set subur ni.. Tapi segalanya dengan kuasa Allah la dan perlu diingatkan, Allah suruh berusaha, bukannya duduk saja menunggu rezeki datang jatuh berdebuk... Dan dalam kes lain pula, ada sesetengah dari kita tak berhenti berusaha tetapi masih belum dikurniakan rezeki... Kalau kes macamni daku harap teruskan bersabar, berdoa dan berusaha.. Inshaa Allah anda diuji oleh Allah ada sebabnya..

Baiklah..seterusnya nak tunjuk set-set subur yang dicadangkan dalam shaklee...

SET PERTAMA 
GLA + B COMPLEX (Untuk Isteri) + VITAMIN E + ZINC (Untuk Lelaki)


SET KEDUA
GLA + B COMPLEX (Untuk Isteri) + COQ10 (Untuk Lelaki)

SET KETIGA
GLA+ALFALFA (Untuk Isteri) + VITAMIN E + ZINC (Untuk Lelaki)


SET KEEMPAT
GLA+ALFALFA (Untuk Isteri) + COQ10 (Untuk Lelaki)


SET KELIMA
GLA+ALFALFA+B COMPLEX  (Untuk Isteri) + VITAMIN E + ZINC (Untuk Lelaki)


SET KEENAM
GLA+ALFALFA+B COMPLEX  (Untuk Isteri) + COQ10 (Untuk Lelaki)

SET KETUJUH
GLA (Untuk Isteri) + ZINC (Untuk Lelaki)


Ok, tu set yang dicadangkan untuk diambil oleh suami isteri.. dan daku mengambil SET KEEMPAT dan Alhamdulillah.. :)

Sekiranya berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai vitamin-vitamin shaklee..bolehlah berhubung dengan saya ya..saya mesra pengguna tau.. hehehhe..

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul Semua..

Assalammualaikumm...Salam Maulidur Rasul semuaaa... bersyukur dapat lagi kita meraikan hari kelahiran Baginda Rasul yang kita kasihi di tahun ini.. Sesungguhnya kami hambamu didunia ini terlalu merindui Ya Rasullullah.. Serasa seakan dekat namun kita tidak pernah bersua.. Dikaulah utusan Allah yang diutuskan untuk kami... Sesungguhnya kami terlalu menyintai dan merinduiMu...
Jom lah kita sama-sama berselawat keatas baginda..

Oklah..hari ni mesti ramai yang cuti kan???ada ka org tak cuti???adaa....daku la orangnya tu...suka2 hati daku ja nak cuti dan suka2 hati daku jugakla taknak bercuti..hihihhi...

Harini rasa teringin nak berbicara pasal jantung..

Jantung merupakan salah satu organ yang penting yang terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, pasti kita semua sudah tidak bernyawa.
Seperti yang sedia maklum, serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian. Hakikatnya serangan jantung memang tidak boleh dielak tetapi kita boleh menjaganya sedari awal..

Jom kita tengok tips penjagaan jantung :-
  1. Mengawal berat badan
  2. Menjaga pemakanan
  3. Tidak merokok
  4. Selalu bersenam
  5. Mengurangkan stress dan tekanan
  6. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

Dalam Shaklee, kita ada vitamin Coq10 yang mana memang terbukti untuk merawati masalah jantung. Coq10 mampu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kolestrol jahat di dalam darah dan mampu meningkatkan kolestrol baik. Ia mampu memelihara kesihatan jantung secara berpanjangan dan mempu mengelakkan kegagalan jantung atau stroke.

Selain itu Coq10 juga berfungsi untuk :-

  1. Sebagai pencegah dan penawar kanser
  2. Pencegah migrain
  3. Untuk kesihatan kulit
  4. Untuk merawat darah tinggi
  5. Serta untuk membantu kesuburan. 
Rasanya memang susuai sangatlah untuk diambil sebagai vitamin harian kita dan keluarga..In Shaa Allah merawat lebih baik dari mengubati..

Jika inginkan harga terbaik dari saya, boleh cepat2 hubungi saya k.. :)


Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Monday 13 January 2014

SHAKLEE :: MAHU KURUS??::

Assalammualaikumm...hai semuaa..harini nak berkongsi mengenai produk kurus shaklee.. Biasanya daku akan cerita pasal set bajet shaklee kan tapi kali ni nak cerita pasal set complete shaklee pulak..
Oklah set complete shaklee mesti ada agen pembakar lemak, pembuang lemak serta pembina otot.


Baiklah berpandukan gambar diatas, selalunya saya akan cadangkan pelanggan ambil agen pembakar serta pembuang lemak sahaja sebab selalunya pelanggan mahu Set Bajet. Tapi ada juga saya akan cadangkan set lengkap kepada pelanggan sekiranya pelanggan memang serius mahu kurus dengan jayanya serta mempunyai bajet lebih.

Ok, jom kita tngk dulu Agen Pembakar Lemak. Untuk membakar lemak, kita memerlukan Lecithin atau Omega Guard. Kedua-dua jenis vitamin ini berfungsi sebagai pembakar lemak dan boleh diumpamakan lecithin tu sebagai pembakar lemak biasa dan Omega pula pembakar lemak jenis power sesuailah dengan harganya.. Tapi Omega bukan untuk membakar lemak sahaja, malah turut berfungsi utk menurunkan paras kolestrol, bagus utk menajamkan fikiran dan sesuai utk merawati kanak-kanak yang mengalami masalah asma/lelah.

    

Ok, seterusnya kita tngk pula Agen Pembuang Lemak. Untuk membuang lemak, kita memerlukan Alfalfa atau Herblax.. kedua-dua vitamin ni sama hebat, sama harga..hehe..Tapi apa yang membezakannya adalah Alfalfa membuang lemak serta toksin melalui air kencing, manakala Herblax pula membuang lemak melalui pembuangan najis..Jangan salah faham, Herblax bukannya seperti julap atau teh tuttt yang cirit birit sampai nak pengsan tu..prosesnya sekadar melawaskan pembuangan air besar sahaja...

Seterusnya kita ke proses seterusnya iaitu bina otot. Setelah selesai membakar dan membuang lemak, seharusnya kita kena bina balik otot2 badan kita yang telah dibakar lemaknya dan part2 yang telah menggeleber kerana telah kurus. 
Untuk proses membina otot semula ni kita perlukan Energising Soy Protein (ESP) atau Cinch Mix..
Energising ni rasa dia, soya tapi daku yang bukan penggemar soya ni pn bleh minum, mksdnya rasa dia mmg boleh diterima akal..daku ambik ESP ni shake dengan susu rendah lemak yang sejuk...fuhhh..memang terbaik gila siuttt..sedap ya amat...hihihihi....
ESP ni bila ambil dia, memang daku mudah rasa kenyang sampai ke tengahari..selalunya daku akan ambil time sarapan iaitu sebagai pengganti sarapan..
Kesan dari mengambil ESP ni juga, kulit dh rasa kurang berminyak..rasa selesa walaupon seharian x bermekap..

Untuk Cinch Mix ni pulak..kita ada 3 perasa iaitu Perasa Coklat, Caffe Latte dengan Vanilla..


Setiap orang ada citarasa sendiri..macam daku memang daku ambil dengan susu rendah lemak..sedapp sngat... kesan dari ambil cinch mix ni, kita memang rasa kenyang berpanjangan..kalau tengahari nk makan pn, makan dalam 3 4 suap, dh rasa kenyang...

Haaa..macammana rasa nak kurus tak???nak kurus dengan set bajet atau set lengkap???jangan risau sangat, hobi saya suka bagi diskaun, jadi sila2 la berhubung dengan saya utk pertanyaan mengenai vitamin erk..hehehh...
Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Sunday 12 January 2014

SHAKLEE :: APA MULTIVITAMIN SHAKLEE?? ::

Assalammualaikum..keletihannya harini...dah malam baru sampai ke rumah..Alhamdulillah syukur selamat hantar mak ke KL, ke rumah abang..seelok sampai Kedah td petang, rasa sedihla pula..sob2..x pernah berjauhan dengan mak..rindu makkk...macam nak pi ambik mak kt KL.. :(

Oklah, taknaklah merepek lama-lama..harini daku nak berkongsi mengenai multivitamin Shaklee iaitu Vitalea.. Tahu tak apa khasiat Vitalea?? Kalau tak tahu, jom kita check..


Antara khasiat Vitalea terdiri daripada :-

  1. Sebagai penambah tenaga, kecergasan tubuh, dan kekuatan mental. 
  2. Sebagai pelengkap nutrisi kerana kita seringkali kekurangan vitamin akibat daripada amalan diet yang tidak seimbang.
  3. Melindungi buah pinggang seperti buah pinggang, jantung dan hati.
Oklah, tu antara khasiatnya..dan jom kita check pulak, sapa yang memerlukan Vitalea ni..
Golongan yang memerlukan Vitalea ni terdiri daripada :-
  1. Orang dewasa yang mementingkan kesihatan serta kecergasan tubuh badan untuk jangka masa panjang.
  2. Golongan yang tidak mengamalkan diet yang seimbang.
  3. Individu yang ingin meningkatkan sistem imun.
  4. Golongan remaja yang sedang membesar.
  5. Wanita yang baru bersalin.
  6. Wanita sedang hamil
  7. Golongan yang sudah menopous
Untuk pengetahuan semua, Vitalea ni mengandungi 23 vitamin dan mineral yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang. 

Oklah, cukuplah setakat ni..terasa sengal-sengal badan lagi ni..Jika nak bertanya mengenai vitamin shaklee, tak kisahlah set kuruskan ka, set kecantikan ka, set sendi ka dan set-set yang lain, bolehla call/sms/whatapps saya di 0195638410..in syaa allah saya sedia membantu dengan memberi harga yang sangat berpatutan.. :)

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Saturday 11 January 2014

SHAKLEE :: APA KHASIAT ESP?? ::

Assalammualaikum semuaa..alhamdulillah hari ni rasanya awal dapat publish entry baru sebab jap lagi nak bertolak p ke kl..nakpi hantar mak kat rumah abang sebab k.ipaq nak bersalin dah..kesian la pulak, sapa nak jaga anak2 kecik comei 2 org si Sulhi dan Syaddad tu..kalau bagi aku pinjam sebulan dua, okla jugak..hehehe..

Oklah, hari ni nk kongsi cerita mengenai ESP secara ringkas ja sebab tak sempat nk karang panjang-panjang memandangkan dah dok bersiap pakaian nak ke kl dah ni..



ESP ni seperti yang sedia maklum, memang ada seribu satu khasiat dalam satu canister. Antara khasiatnya adalah :-

  1. Untuk terus kekal bertenaga.
  2. Untuk meningkatkan fungsi hormon wanita.
  3. Rahsia kulit cantik dan anjal
  4. Memulihkan fungsi prostat lelaki
  5. Meningkatkan keupayaan memori
  6. Memudahkan luka sembuh
Di dalam satu canister ESP terdapat :-
  1. Kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik (non-GMO) dan diproses dibawah suhu rendah.
  2. Terdapat 30 Kg kacang soya di dalam 1 canister ESP
  3. Mengandungi 22 jenis asid amino di dalamnya dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
Baiklah..rasanya setakat tu saja lah yang boleh dikongsikan memandangkan sibuk sgt harini..maaf atas janji2 untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai vitamin shaklee..in shaa allah lain hari k..semoga Allah izin..

Jomlah, nk berkemas untuk bertolak ke KL dh ni..moga kakak iparku selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga dengan selamat...aminnn


Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]


Friday 10 January 2014

SHAKLEE :: VITAMIN ANTI STRESS ::

Assalammualaikum...kesibukannya harini, malam baru dapat mengupdate blog..gigih jugak nk update sebelum teman laki ku tngk Maharaja Lawak Mega..hehehe...

Harini sedari pagi dh kecibukkan..mendapat berita kematian seseorang yang rapat dengan kita membuatkan diri dirundung kesedihan..hanya Allah yang tahu..semoga Allah cucuri rahmat keatas roh dan ditempat bersama golongan orang yang beriman..sedih sgt..bercucuran air mata saat duduk bersendirian.. terlalu banyak pengorbanan arwah ke atas kami sekeluarga..sedih sgt rasanya..

Hurmm..baiklah..memandangkan diriku yang super stress hari ni, maka ku telan b complex shaklee sebijik sebab B Complex Shaklee ni dikenali sebagai vitamin penenang atau anti stress.

Vitamin B Complex ni memang sangat disarankan untuk golongan pelajar, pekerja, peniaga(macam aku of kos. :P), dan semestinya utk golongan suri rumah juga yang sangat terkenan dengan kerja-kerja seharian dirumah..

Tapi janganlah kita semata-mata mengharap vitamin semata-mata untuk kekal tenang, bertenaga dan cergas ya semua.. seharusnya juga kita perlu mengamalkan gaya hidup seperti berikut :-

  1. Gaya pemakanan yang sehat
  2. Selalu melakukan senaman waima yang ringan sekalipon.

Oklah,untuk hari ni, tu ja lah yang nak dikongsikan selain berkongsi berita kematian, ku turut kongsikan mengenai Vitamin Shaklee..

Esok Inshaa Allah akan ku kupaskan sesuatu yang lebih menarik..semoga Allah izin...terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini..


Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Thursday 9 January 2014

SHAKLEE :: ASMA DAN RAWATAN ::

Assalammualaikum semua..
Alhamdulillah dapat lagi kita berblog petang ni..Buka ja kedai Fotostat milikku pagi ini, kasteme dh menerpa masuk..Alhamdulilah, sesungguhnya rezeki Allah itu luas dan aku sendiri pon tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah semoga Allah permurahkan rezeki aku dan suami..

In shaa allah walaupon sibuk dengan kedai, aku akan cuba mengupdate blog usang ku ini jugak lepasni..semoga Allah permudah segalanya..aku hanya mampu merancang.. :)

Baiklah harini aku nak berbicara mengenai penyakit asma/penat/lelah.. 


Apakah Asma/Penat/Lelah??

Asma/Penat/Lelah merupakan suatu penyakit kesukaran bernafas dan boleh berlaku di setiap peringkat umur manusia. 

Secara umumnya, pesakit asma akan akan diberi ubat steroid untuk mengatasi masalah ini. Namun ubat steroid mengandungi bakal menyebabkan kesan sampingan jika diambil selalu. 

Apakah faktor risiko asma bagi kanak-kanak??
  1. Genetik - Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah asma lazimnya akan mewarisi kecenderungan untuk mendapat asma juga dan penyakit itu akan berkembang dengan cepat.
  2. Persekitaran - Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih kemungkinan dihinggapi asma berbanding bayi yang tinggal di dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.  
Adakah Rawatan Untuk Pesakit Asma??
  1. Sehingga kini, tiada ubat yang didapati mampu menyembuhkan penyakit ini namun begitu, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan serta mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor risikonya.
Baiklah, memandangkan saya ni pengedar vitamin shaklee, maka memang saya akan kaitkan masalah kesihatan dengan cara mengubatinya melalui vitamin shaklee lah..

Di Shaklee, ada satu jenis vitamin yang elok serta bagus untuk diambil oleh mereka yang ada asma atau lelah ini iaitu Omega Guard Shaklee..Sebelum ini pon saya memang selalu bercerita mengenai Omega Guard kerana khasiat yang ada di dalam Omega Guard ini adalah sangat2 bagus. Ia adalah pati minyak ikan tulin yang diekstrak dari ikan laut dalam yang bersifat panas. Omega Guard boleh diambil oleh kanak-kanak bermula usia 1 tahun keatas. 

Selain daripada itu, jika anak-anak mengalami batuk-batuk, boleh juga diberi Omega Guard untuk mengeluarkan kahak dengan cepat.. 

Baiklah, rasanya setakat ini sajalah entry saya untuk kali ini..
Inshaaallah esok akan saya kupaskan lagi perkaitan penyakit dan cara merawatinya dengan vitamin shaklee yang lain pula..
Didoakan semoga Allah permudah.. :)

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Wednesday 8 January 2014

Cara Penjagaan Kulit Wajah

Assalammualaikum...harini bukak kedai shaklee, tapi takmau berniaga shaklee..boleh tak cakap macamtu??hhehe..takda la..bergurau saja...kedai online shaklee kita ni 24/7 bukak tau..cuma arini takmau cerita pasal shaklee..nak cerita pasal cara penjagaan kulit wajah pulak..

Kulit wajah orang ni ada macam-macam jenis..ada jenis berminyak, ada yang jenis kering, dan ada pula jenis mudah naik jerawat..


Baiklah, jom kita check tngk apa amalan bagus yang boleh kita guna kan untuk menjaga kulit wajah kita.

  1. Bedak Sejuk - Amalan memakai bedak sejuk adalah amat bagus dan inilah yang menjadi tradisi nenek moyang kita sedari dulu lg. Psstt muka saya memang x sesuai pakai bedak sejuk sebab bila pakai, dia jadi berminyak sangat..
  2. Air Basuhan Beras - Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga sambil berselawat ya.. 
  3. Sentuhan muka - Jangan sentuh muka dengan tangan kecuali tangan berada di dalam keadaan bersih kerana tangan kita banyak bakteria ya semua sayang-sayang.
  4. Bersenam - Apabila bersenam, kita akan mengeluarkan peluh beserta minyak2 yang terlekat di permukaan muka kita.
  5. Pemakanan - Seharusnya kita menjaga pemakanan kita dan memperbanyakkan memakan buah serta sayuran.
  6. Air kosong - Mengambil jumlah air kosong yang secukupnya adalah penting bagi membantu pembuangan toksin dalam badan serta mampu melembabkan kulit juga.
  7. Suppliment - Pengambilan suppliment yang betul mampu merawat kulit seperti collagen shaklee, vitamin c shaklee serta vitamin e shaklee..heheheh..terselit jugak shaklee noh..jangan marah.. :P

Oppssss secara kebetulannya teringin nk cerita pasal pakai mask..suka tak pakai mask???mestila suka kann..lepas pkai ja kulit rasa licin, tegang dan lembut..btol tak??
*sebelum tu nak mintak ampun sebab tercerita pasai shaklee jugak..hehehe..jangan marah.. :P

Baiklah disini teringin nak berkongsi resepi masker shaklee kt semua...

Bahan-bahannya :-

  1. Sebiji Vitamin C Shaklee
  2. Sebiji Vitamin E Shaklee
Cara Penyediaan :-
  1. Tumbuk Vitamin C sampai lumat kendian pecahkan Vitamin E (cucuk pn ok). 
  2. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan siap!!!
  3. Kalau agak kering, tambah air sikit ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian..
  4. Kemudian bolehla tempek kat muka dan tunggu sampai kering. 
Hasilnya???memang kulit lembut, tegang dan cerah ya uooollllss semuaa...mesti tak sabar nak cuba try test kan???Kalau dah tak sabar tu, bawak2 la mengorder naa..harga dijamin puas hati.. :P

Jom lah nk tutup kedai luar alam maya dh aih..letih dh ni..tata..assalammualaikum.. :)


Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Tuesday 7 January 2014

SHAKLEE :: TIPS DAN CARA PENJAGAAN DIRI LELAKI!! ::

Assalammualaikum...Alhamdulillah... Dah masuk hari Selasa dah hari ni kan.. Seminggu sudah kita berada di dalam tahun 2014, sekejapnya rasa kehidupan ni berlalu.. Pejam celik pejam celik, dah pon seminggu.. Entah sampai bila lah Allah akan beri kesempatan untuk kita pejam celik dan pejam celik ni kan..

Bagi daku, tiada apa-apa perasaan pon semenjak menjengah tahun 2014 ni melainkan kesibukkan yang super menggila di pejabat pos sahaja sehingga baru ku sedar dah masuk tahun baru yaaa... Haa memanglah ada kaitan pejabat pos dan tahun baru.. Tau kaitan apa?? Kaitannya adalah ramai gila kot orang berbaris nak ambik duit ASB.. sabaq jerlah.. Walaupon daku bukanlah seorang yang penyabar, namun aku cuba juga untuk bersabar demi utk mengepos brng pelanggan-pelanggan daku sehingga boleh dikatakan setiap hari jugalah daku terpaksa membuka kedaiku lewat hampir satu jam..hihihihi.. ini adalah sejenis alasan supaya laki ku tidak marah walaupon sebenarnya suka terrrrtidor selepas subuh... :P

Oklah, harini daku nak berbincang dan mengajak semua meneliti masalah kesihatan lelaki serta vitamin apakah yang sesuai untuk ditelan oleh mereka..hihihihi...

Kita sebagai isteri(bagi diri akulah), mestila selalu menjaga kelelakian laki kita ya sebab mereka bukan sahaja seorang lelaki malah mereka juga adalah pemimpin utk kita dan anak-anak kita(coming soon)..hehehe..

Bagi menjaga kesihatan serta kelelakian mereka, mereka haruslah sentiasa :-
  1. Mengamalkan diet pemakanan yang sihat
  2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjauhi rokok, dadah dan alkohol
  3. Selalu beriadah dan bersenam
  4. Tidur secukup cukupnya
  5. Mengambil suppliment untuk melengkapkan nutrisi di dalam tubuh badan
  6. Mengamalkan amalan rohani untuk jiwa yang lebih tenteram.
Masalah kesihatan yang selalu dihidapi oleh lelaki terdiri daripada :-
  1. Penyakit jantung
  2. Diabetis
  3. Ketidaksuburan
  4. Darah Tinggi
  5. Buasir
  6. Obesiti
Baiklah, jom saya bagitau vitamin apa yang sesuai untuk golongan lelaki ambik..

Vitamin E 
  • Vitamin E terbukti mampu merawat masalah ketidaksuburan serta mengurangkan risiko kanser prostat. Selain daripada itu, elemen antioksidan yang berada di dalam Vitamin E dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan seteruskan menggalakkan kesihatan lelaki lebih optimum.

Coq10
  • Coq10 terbukti mampu meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan paras kolestrol jahat di dalam darah dan meningkatkan kolestrol baik.
  • Ia juga mampu memelihara kesihatan jantung secara berpanjangan dan mampu mengelakkan kegagalan jantung atau stroke.
  • Mampu mengelakkan sel-sel kanser dari tumbuh dan merebak.
  • Mampu mengurangkan migrain serta kesakitan kepala.
  • Bagus dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita

Zinc
  • Zinc merupakan suatu mineral penting untuk meningkatkan kesihatan lelaki. Secara amnya lelaki yang mengalami kekurangan zinc akan berhadapan dengan masalah ketidaksuburan. Oleh itu zinc memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesuburan lelaki dengan meningkatkan kadar jumlah sperma disamping mngurangkan risiko mati pucuk dan pembesaran prostat.

Vivix
  • Vivix adalah campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ungi yang kaya dengan polifenol tumbuhan yang mana mampu untuk mengekalkan kesihatan lelaki kerana kandungan oksidanya yang tinggi.
  • Sesuai untuk yang mahu mendapatkan kesihatan optimum.
Omega Guard
  • Mampu mencegah penyakit saluran darah dan stroke.
  • Mampu meningkatkan daya ingatan, mencegah Alzhemier, migrain dan imsonia.
  • Memelihara fungsi sendi dan mencegah kanser prostat.

Ha, jadi tu lah diantara Vitamin Shaklee yang dicadangkan kepada lelaki supaya mereka lebih sehat dan cergas..hehehehe..

Jika rasa berkenan nak tahu mengenai apa-apa vitamin, sila lah berhubung dengan saya ya..
'Kesihatan suami kita, Kesihatan kita juaaa'
Cisss..apa yang sedang aku merepek niii.. sabar jer lahh.. :P


Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Monday 6 January 2014

SHAKLEE :: PENGEDAR SHAKLEE GUAR CHEMPEDAK ::

Assalammualaikum semuaa...Kesibukan btollah ku rasakan 2 3 menjak ni..Namun aku berdoa semoga entry ini dapat ditaip serta dipublish pada hari ini juga memandangkan dh 2 3 entry aku taip sekerat jalan kemudian aku simpan buat pekasam di dalam draft..huhuhuhu...ampunnn semua.. :P

Baiklah harini rasanya aku nak berbicara mengenai diri aku yang bekerja sambilan sebagai pengedar shaklee ini sahaja..Bukanlah diri ini tetiba syok sendiri tetapi saja lah nak bg tahu kepada semua yang diri ku adalah seorang pengedar sah shaklee kawasan Guar Chempedak..Haa Guar Chempedak tu kt mana erk???hehehe.. Guar Chempedak ni berada di dalam Negeri Kedah dan lokasinya adalah dipertengahan jalan di antara Sungai Petani dan Alor Setar..huhuhuhu..

Jadi disini aku berbesar hati lah nak bgtahu sekiranya ada sesiapa yang ingin tahu mengenai produk shaklee secara lebih lanjut bolehla hubungi aku di talian 0195638410.. Area-area Guar Chempedak ni termasuklah Yan, Gurun, Jalan Jenun, Jalan ke Kota Sarang Semut, Sedaka, Sungai Limau serta yang sama waktu dengannya..hihihi..

Dekat bawah ni daku senaraikan sedikit sebanyak set yang boleh dicuci2 mata oleh semua..

SET KURUS

LECITHIN+ALFALFA (BAJET)

* Alfalfa promosi bulan Januari 2014 ni maka harga dia memang jatuh merudum teruk..
* Lecithin membakar lemak, Alfalfa membuang lemak dan toksin melalui air kencing

LECITHIN+HERBLAX (BAJET)
* Lecithin membakar lemak, Herblax membuang lemak melalui najis air besar tp bukanlah seperti memakan julap tu yer semua..

LECITHIN+ALFALFA+OMEGA GUARD
* Lecithin membakar lemak, Alfalfa membuang lemak dan toksin melalui air kencing
* Omega juga untuk membakar lemak dan lebih power dr Lecithin lagi.  Juga bagus utk otak, menurunkan paras kolestrol serta masalah sendi.

LECITHIN+HERBLAX+OMEGA GUARD
* Lecithin membakar lemak, Herblax membuang lemak melalui najis air besar tp bukanlah seperti memakan julap tu yer semua..
* Omega juga untuk membakar lemak dan lebih power dr Lecithin lagi.  Juga bagus utk otak, menurunkan paras kolestrol serta masalah sendi.


SET SENDI

OSTEMATRIX+OMEGA GUARD+ADVANCED JOINT HEALTH
*Tidak semestinya mengambil semua yang berada dlm set ini..Boleh ambil ikut bajet.


SET GOUT

ALFALFA+PERFORMANCE DRINK+OMEGA GUARD
*Set Basic bagi pesakit Gout adalah Alfalfa dan Omega Guard


SET BUASIR

ZINC+OMEGA GUARD+OSTEMATRIX


SET KANAK-KANAK

OMEGA GUARD+MEALSHAKES+CHEWABLE VITAMIN C
*Membantu dalam menangani masalah asma/penat/lelah, masalah kulit dan kurang selera makan


SET KEHAMILAN
VITALEA+VITAMIN C+OSTEMATRIX+ESP+B COMPLEX+OMEGA GUARD
*Macam-macam khasiat antaranya menambah tenaga supaya tidak selalu letih, menambah kalsium, membentuk anak yang sihat dan sempurna dan macam-macam khasiat lagi la.
* Tak semestinya ambik full set, boleh ambil ikut bajet..


SET MASALAH RAMBUT GUGUR
ZINC


SET KESUBURAN
PEREMPUAN :- GLA, ALFALFA, ESP
LELAKI :- ZINC, VITAMIN E, COQ
* Selalunya pelanggan yang kurang bajet akan mengambil set paling bajet utk suami dan isteri iaitu GLA+ZINC.

Fuhhh..terlalu banyak rasanya nak karang set2 shaklee ni..apa kata jika ada masalah kesihatan, mai cuba berhubung dengan daku..in shaa allah jika ada set yang sesuai, daku akan cadangkan ya.. :)

Harga??? Dah kalau nak COD, sah2 lah murah sebab x perlu tanggung kos pos..

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Sunday 5 January 2014

SHAKLEE :: JERAWAT DAN RAWATANNYA?? ::

Assalammualaikum semuaa...arghhh, berapa banyak entry aku mau tulis dan berapa banyak mahu ku tggalkan sebagai draft????hehehhe..stress kan dengan org mcmni?? sabo saja lah.. :P

Baiklah harini rasanya terajin mengkaji soal jerawat... Jadi jom kita tengok apa kes dengan jerawat ni ya..

Secara ringkasnya, jerawat adalah sejenis penyakit kulit dimana pori-pori kulit tersumbat sehingga terbentuk kantung-kantung minyak yang terpadu dengan kotoran dan sel-sel kulit mati. Kligmann adalah seorang peneliti masalah jerawat dunia berpendapatan ' Tak ada seorang pun di dunia ini yang melewati masa hidupnya tanpa sebiji jerawat pun dikulitnya'..

Secara logiknya mmg penuh kebenaran kata-katanya itu sebab aku tngk, segebu gebas Cik Ta tu, kdng2 ada jugak terjengoi seketoi jerawat di dahi dia time dia berlakon gambaq Kiah Pekasam aritu..heheheheh.. :P

Dan mungkin bagi kita yang ada masalah jerawat so so saja ni, mestila tak berapa nak peduli sgt soal jerawat ni kan..yang kita tahu bila jerawat naik adalah 'nak periodlah ni'...btol x?heheheh...
Tapi bagi seseorang yang mengalami masalah jerawat yang serius, sah-sah sedikit sebanyak kehidupannya terganggu dengan jerawat yang membiak tanpa ada batasannya tu kan..


Jadi sebagai Pengedar Shaklee yang sah, saya ingin sekali memperkenalkan vitamin yang mampu membantu menyelesaikan masalah jerawat ni..

Ok, jom kita berkenalan dengan vitamin-vitamin tersebut ok..

Vitamin B (B Complex)
  • B bermakna Beauty iaitu untuk membantu menaikkan seri muka dengan fungsi antistress.
Vitamin C
  • Vitamin C merupakan sejenis anti oksidan yang mampu memelihara kulit daripada radikal bebas. 
  • Selain daripada itu, ia juga menggalakkan penghasilkan kolagen semulajadi kulit dan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya ultraviolet.

Vitamin E
  • Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
  • Memudarkan parut jerawat
  • Anti penuaan terbaik
  • Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan




Energising Soy Protein (ESP)
  • Menambah tenaga
  • Mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut serta mencerah dan mencantikkan kulit.
  • Memperbaiki dan membina sel-sel baru.

Gla
  • Untuk mencantikan kulit wajah, rambut yang berkilat serta bersinar. Selain daripada itu bagus juga untuk mendapatkan kuku yang cantik, kulit badan yang sihat serta keselesaan perut setiap kali datang bulan.
  • Ianya juga membantu menstabilkan hormon bagi yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap.
  • Selain daripada itu GLA juga sesuai untuk wanita yang ingin hamil..

Tu antara jenis vitamin yang dicadangkan.. Jadi untuk memilikinya, saya lebih suka tanya bajet pelanggan terlebih dahulu dan jika bajet lebih, saya cadangkan set yang lebih-lebih tetapi jika bajet ciput, saya cadangkan set yang ciput2 saja..ciput2 pon power serta berbaloi tau..

Dan kini segalanya terletak ditangan anda..jika mahu cantik gebu gebas, mai PM saya na.. Harga dijamin terbaekkk!!! :)

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]

Saturday 4 January 2014

SHAKLEE :: PROMOSI VITAMIN SHAKLEE JANUARI 2014 ::

Assalammualaikum semuaa...
Hari ini nak bagitau kepada semua yang Shaklee ada buat promosi ALFALFA untuk bulan ni tau..


Fuhhhh..ALFALFA tuuuu... sapa tak kenal ALFALFA raja segala tumbuhan kan..

Memang terlalu banyak khasiat ALFALFA ni dan antaranya adalah :-
  1. Sebagai penggalak susu badan
  2. Sebagai pendetok iaitu dengan mencuci/ menulenkan darah
  3. Melawan alahan seperti masalah kulit serta hidung sensitif.
  4. Mengurangkan nafas berbau, bau badans erta masalah tapak kaki berbau.
  5. Mengurang keputihan pada wanita
  6. Memelihara saluran kencing dan fungsi buah pinggang.
  7. Mengawal diabetis
  8. Mengurang tekanan darah tinggi
  9. Mencegah/merawat penyakit gout.
  10. Membesar serta menegangkan payudara.
  11. Berfungsi sebagai kacip fatimah kepada wanita.
  12. Mengurangkan sembelit
  13. Membuang angin dalam badan.
Alergik/ Alahan/ Resdung dan Alfalfa

Alfalfa mempunyai sifat antihistamine yang dapat mengurangkan masalah alahan seperti gatal, kemerahan dan bersin yang kerap. Selain itu, ia juga menguatkan sistem imuniti tubuh terhadap serangan alahan. Bila imuniti semakin baik, maka serangan akan turut sama berkurangan.

Jom saya tunjukkan testimoni pengguna yang mengambil alfalfa untuk masalah Alergik/ Alahan/ Resdung.

Testimoni 1

Testimoni 2

Susu Badan dan Alfalfa

Alfalfa mempunyai khasiat yang mana mampu memperbanyakkan susu badan.. Sebagai pengedar shaklee, saya lebih cadangkan alfalfa diambil untuk memperbanyakkan susu badan jika bajet bawah Rm 100.00 dan jika bajet atas pada Rm 100.00, saya cadangkan diambil bersama ESP dan ditambah pula dengan pil kalsium shaklee iaitu Ostematrik..

Jom tengok pula testimoni Alfalfa dalam menambah susu badan pulak ya.. 

Testimoni 1

Testimoni 2

Haaa..macammana?Puas hati tak tengok testimoni ni semua??
Bukan nak cakaplah, tapi memang laku gila kot set yang ada alfalfa dalam tu..
Bila kasteme cakap nak detoq, kita suggest Alfalfa, nak kurus, kita suggest Alfalfa, nak susu banyak, Alfalfa, ishhh, banyak tak terkata la khasiat Alfalfa ni..hihihihi

Nak Order Alfalfa bulan ni dengan harga menjunam teruk?? Mai Pm, in shaa allah selain harga dijamin menjunam, anda jugak dapat konsultasi percuma dari saya.. :)

Jom dapatkan Vitamin Shaklee dgn HOTT PRICEE dari saya!
Boleh bandingkan harga saya!
sms/ call : 0195638410 - wani
[id : 1017747]